Monday 3 August 2015

5 Masalah Seksual Lelaki

 


1. Disfungsi Ereksi

Deskripsi:
Juga dikenali sebagai mati pucuk, situasi merangkumi tidak boleh mengekalkan ereksi secukupnya untuk mengadakan hubungan seks.

Penis memerlukan aliran darah yang baik untuk mengekalkan ereksi, maka kegagalan ereksi juga adalah tanda awal penyakit jantung atau pembuluh darah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa majoriti lelaki yang mengalami keadaan jantung, seperti serangan jantung atau strok, telah mengalami disfungsi ereksi tiga hingga lima tahun sebelumnya.

Rawatan:

Pertama, punca-punca yang menyebabkan ereksi perlu dikenal pasti. Ini termasuk obesiti, merokok, kolestrol, dan faktor penyakit jantung yang lain. Selain mengubah cara hidup, ubat-ubatan seperti Viagra, Levitra atau Cialis mungkin diperlukan.

2. Sindrom Kurang Testosteron

Deskripsi:
Nama lain ialah hypogonadism, memberi kesan ke atas prestasi seksual, tahap tenaga, kekuatan otot dan mood.

Rawatan:

Terapi penggantian testosteron boleh membantu malegakan simptom. Rawatan susulan diperlukan bagi memastikan penghidap mencapai julat hormon yang mencukupi. Namun, bukan semua lelaki dengan testosteron rendah akan mengalami simptom dan memerlukan rawatan.

3. Penyakit Peyronie

Deskripsi:

Melibatkan penis yang mengecil atau membengkok. Tahap yang serius akan menyebabkan kesakitan dan mungkin mengganggu hubungan seksual.

Perubahan bentuk kemaluan diasebabkan oleh tisu parut, mungkin daripada kecederaan lampau, yang kelihatan seperti ketulan keras di bahagian atas kemaluan. Dalam kebanyakan kes, kesakitan semasa ereksi hilang selepas satu atau dua tahun, namun lengkung atau bengkok akan berkekalan.

Rawatan:

Pembedahan boleh dilakukan, namun mempunyai risiko kesan sampingan yang signifikan. Kaedah rawatan baru sedang dikaji seperti dengan menyuntik sejenis kompaun ke dalam tisu parut untuk menegakkan semula penis.

4. Ereksi Berpanjangan (Priapism)

Deskripsi:

Kesan sampingan penawar disfungsi ereksi seperti pil Viagra, namun boleh juga diakibatkan oleh ubat-ubatan psikiatri, kokain, dan penyakit sel bulan sabit.

Lelaki yang mengalami ereksi lebih daripada empat jam perlu mendapatkan bantuan perubatan dalam tempoh lapan jam dari masa bermula ereksi untuk mengelakkan kerosakan kekal pada penis.

Rawatan:

Pilihan rawatan termasuklah mengeluarkan darah berlebihan daripada penis menggunakan jarum, ubat-ubatan yang menghadkan pengaliran darah ke dalam penis, atau pembedahan.

5. Disfungsi Ejakulasi

Deskripsi:

Jenis paling biasa ialah ejakulasi pra matang, iaitu ejakulasi yang berlaku dalam tempoh dua minit selepas rangsangan seksual. Satu pertiga lelaki mengalaminya pada satu peringkat. Ia merupakan disfungsi seksual paling biasa bagi lelaki di bawah usia 40 tahun.

Rawatan:

Ubat anti depresi ialah satu bentuk rawatan, selain anestetik yang disapu pada penis untuk mengurangkan sensasi dan melambatkan ejakulasi.
 
Tip Mencegah Masalah Seksual Lelaki

1. Menjaga kesihatan dengan cara diet, bersenam, berhenti merokok dan mengawal berat badan.

2. Pemeriksaan rutin, dengan saringan risiko penyakit jantung.

3. Memastikan kesihatan mental pada tahap yang baik.

sumber : Maskulin

No comments:

Post a Comment