Bukan senang memiliki tubuh yang Sado. Boleh jadi selepas 15 tahun baru
anda mampu mencapainya. Tetapi 15 ikon di bawah boleh menjadi benchmark. Brader-brader Sado yang terpopular di Instagram.
1 - Carson Calhoun @carsonclaycalhoun
Menguatkan tubuh menggunakan kaedah yoga, Carson menekankan fleksebiliti dalam latihan dan senaman yang dipraktikkan.
2 - Cory Gregory @musclepharmpres
Bekas pelombong arang batu yang kini merupakan pemilik gym, model
kecergasan dan juga seorang penulis, Cory Gregory akan mengajak para
followersnya untuk menggunakan daya fizikal yang ada secara maksimum.
3 - Dwayne ‘The Rock’ Johnson @therock
Siapa yang tak kenal pada The Rock. Walaupun kini The Rock banyak
menghabiskan masa dalam dunia lakonan, tetapi dia juga rajin untuk
mengupload gambarnya ketika di gym dan memberi motivasi agar kepada
pengikut Instagramnya agar mengamalkan gaya hidup sihat.
4 - Kyle Clarke @kyleclarke
Sering menjadi penghias muka depan majalah-majalah terkemuka seperti
Inside Fitness, Iron Man dan Muscle Fitness, Clarke memanfaatkan
Instagram peribadinya dengan berkongsi ‘workout tips’ dan
senaman-senaman yang efektif bagi memantapkan badan.
5 - Jason Khalipa @jasonkhalipa
Andai anda meminati sukan CrossFit, tentu anda mengenali Jason Khalipa,
seorang atlet dan juga ahli perniagaan yang berjaya. Selain berkongsi
aktiviti-aktiviti yang maskulin, dia juga turut menampilkan aspek
kekeluargaan yang erat dalam Instagramnya.
6 - Jon Pera @jonpera
Kepada mereka yang gemar untuk ‘mengangkat besi’ di gym, harus follow
Jon Pera untuk melihat sendiri teknik-teknik yang betul dan tip-tip
berguna yang dia kongsikan.
7 - Lazar Angelov @lazar_angelov_official
Mempunyai kerjaya sebagai online fitness trainer dan ahli bina badan, Angelov rajin untuk memberi inspirasi kepada followers melalui gambar-gambar dan motivational quotes.
8 - Luke Rockhold @lukerockhold
Penggemar sukan mempertahankan diri dan kick boxing pasti teruja untuk melihat aksi Luke sewaktu menjalani latihan yang ketat.
9 - Neal Maddox @nealmaddox
Neal Maddox terkenal dek kerana susuk tubuh sasa yang sempurna dan
ketangkasannya ketika bersaing dalam CrossFit. Kebanyakan masanya
dihabiskan di gym dan aktiviti-aktiviti outdoor.
10 - Scott Panchik @scottpanchik
Usianya baru mencapai 26 tahun apabila Scott menempa namanya dalam
sukan CrossFit. Sukan dan aktiviti kecegasan adalah acara yang amat
digemari untuk dikongsikan bersama followernya di Instagram.
11 - Jamie Alderton @grenadejay
Pemilik website www.grenadejay.com ini telah berjaya mentransformasi ramai orang untuk memiliki badan yang lebih sasa dengan program dan latihannya.
12 - Frank Mcgrath @frank_mcgrath78
Frank Mcgrath merupakan seorang ahli bina badan dan pakar nutrisi. Dia
dan teman wanitanya juga merupakan orang yang sangat aktif dalam dunia fitness.
13 - Simeon Panda @simeonpanda
Pemuda yang berasal dari London ini mempunyai tubuh ‘klasik’ yang
menjadi dambaan buat mereka yang serius bergiat untuk menjadi abang
sado.
14 - Sadik Hadzovic @sadikhadzovic
Pemuda yang berasal dari Yugoslavia berhijrah ke Amerika pada usia muda
setelah tercetusnya perang. Kesukaran hidup memberi inspirasi kepada
Sadik untuk menyerlahkan potensi yang ada pada dirinya dalam sukan bina
badan.
15 - Ako Rahim @akorahim
Bukan sahaja berbadan sasa, lelaki berwajah tampan ini juga dikenali
dengan nama Toro dalam rancangan realiti tv, Gladiatorerna. Dengan
falsafah ‘Giving up is not an option’, anda pasti teruja melihat
senaman-senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sempurna di
instagramnya.
-sumber : Maskulin
No comments:
Post a Comment